• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Sekat Bekalan Air Warga Palestin Di Tebing Barat

oleh AK-47
16/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS: Umat Islam di Tebing Barat terpaksa menghadapi ujian getir semasa mengerjakan ibadah puasa apabila Israel bertindak memotong bekalan air bersih ke sebahagian besar wilayah itu pada bulan Ramadan, menurut pihak berkuasa Palestin.

Mekorot, pembekal utama air ke bandar Palestin, menghentikan bekalan air bersih ke bandar Jenin, yang mempunyai populasi lebih 40,000 orang.

Jenin merupakan pusat kem pelarian yang diwujudkan pada tahun 1953 dan menempatkan 16,000 orang pelarian berdaftar.

Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Hidrologi Palestin, Ayman Rabi, penduduk di beberapa kawasan di Tebing Barat sudah pun terputus bekalan air sejak kira-kira 40 hari lalu.

Ujian Ramadan, Israel Sekat Bekalan Air Umat Islam Di Tebing Barat
Umat Islam di Tebing Barat terpaksa menghadapi ujian getir semasa mengerjakan ibadah puasa apabila Israel bertindak memotong bekalan air bersih.

“Penduduk bergantung hidup kepada air yang dibeli dari lori air atau mencari air daripada pelbagai sumber alternatif seperti mata air dan stesen bekalan air di sekitar tempat tinggal mereka.

“Setiap keluarga memerlukan sekurangnya-kurangnya tiga atau 10 liter air sehari,’’ katanya kepada Al Jazeera.

Saleh Hijazi, penyelidik Amnesty International Israel dan Tebing Barat menyifatkan laporan tersebut sebagai “mengejutkan”.

Katanya kepada akhbar UK, The Independent: “Israel hanya membenarkan warga Palestin sebahagian kecil akses kepada sumber air di Tebing Barat, manakala penempatan haram milik rakyatnya mendapat bekalan air tanpa had, yang membolehkan penduduk di situ menjaga tanaman mereka dengan baik, malah mampu memenuhi air di dalam kolam renang peribadi mereka.”

“Air merupakan sumber asas dan hak semua individu. Mekorot sepatutnya mengembalikan sumber belakan air bersih yang telah dicatu sewenang-wenangnya kepada rakyat Palestin dan pihak berkuasa Israel harus menamatkan polisi air mereka yang bersifat berat sebelah serta menghapuskan semua sekatan yang dikenakan ke atas hak warga Palestin kepada sumber penting ini.”

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penduduk Palestin memerlukan sekurang-kurangnya 7.5 liter air sehari dan jumlah air yang diperlukan adalah lebih tinggi terutamanya ketika musim panas yang mencecah 35C ketika ini.-MYNEWSHUB.CC

Tags: IsraelTebing Barat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd