SAO PAULO – Idola bola sepak Brazil, Neymar menyatakan sokongan kepada pencabar Presiden Aecio Neves, tiga hari menjelang pilihan raya semula pada penghujung minggu ini.
Neymar, kapten popular pasukan nasional Brazil, berkata beliau menyokong Neves berbanding penyandang berhaluan kiri, Dilma Rousseff kerana percaya calon berhaluan kanan-tengah itu adalah pilihan terbaik bagi Brazil.
“Saya akan sokong calon berkenaan (Neves) kerana saya setuju dengan program yang akan dilaksanakan untuk Brazil,” kata jutawan bintang Barcelona itu dalam satu mesej video.
Katanya, beliau memutuskan untuk menyatakan sokongan secara terbuka kepada Neves selepas berfikir dan berbincang dengan panjang lebar dengan keluarganya.
Namun penyerang Brazil itu berkata, walaupun beliau menyokong Neves, beliau tetap memberi sokongan kepada sesiapa juga yang menang dalam pilihan raya Ahad ini.
“Apa yang pasti ialah tidak kira apa keputusannya Ahad ini, saya akan terus sokong negara saya dan presiden saya yang dipilih rakyat,” kata Neymar. – AFP

