SEREMBAN – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala KanÂÂgsar, Datin Mastura Mohd Yazid bukanlah ÂÂasing di dalam dunia politik tanah air kerÂÂana darah yang mengalir di badannya adalaÂÂh darah politik.
Ketua UMNO BahÂÂagian Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata Mastura pernah menjadi anggota Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Telok KemÂÂang sekitar tahun 1999, sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga serta arwah suaminya, yang aktif berpolitik.
“Beliau juga adalah anak kepada Datuk (Mohd) Yazid Baba bekas wakil rakyat BN bagi DUN (Dewan Undangan Negeri) Terentang dan pernah menjadÂÂi Exco Kerajaan Negeri di Negeri Sembilan.
Jadi untuk beliau ÂÂberkecimpung politik sepenuh masa bukanlah sesuatu yang baru,” katanya kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim dari Darul Aminan, Ampangan dan Pertubuhan Anak Yatim Al-Khair, Seremban, dekat sini semalam.
Mohd Isa yang juga Pengerusi FELDA berkata beliau yakin jika Mastura dipilih sebagai wakil rakyat Kuala Kangsar, Mastura boleh menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin.
Mastura, 55, merupakan balu kepada Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. – BERNAMA
