Philippine Daily Inquirer melaporkan, kumpulan Abu Sayyaf memenggal kepala Robert Hall,51 seorang warga Kanada pada jam 3 petang, Isnin lalu di Pulau Jolo, Wilayah Sulu.
Setakat ini belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh  kerajaan Manila.
Sebelumnya, para militan menuntut 600 juta untuk tebusan Hall dan pengurus resort bernama Kjartan Sekkingstad.
Hall, Sakkingstad, John Ridsdel, dan seorang warga Filipina bernama Maritess Flor diculik pada 21 September tahun lalu oleh militan Abu Sayyaf dari pusat peranginan, di wilayah Davao.
Ridsdel yang merupakan seorang bekas eksekutif perlombongan dan wartawan, dipenggal pada 25 April, selepas keluarganya gagal membayar wang tebusan. – MYNEWSHUB.CC

