• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Mahu Media Bantu Wujud Masyarakat Pemikir

oleh Ahmad Albab
13/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu media membantu kerajaan membina masyarakat pemikir atau ‘thinking public’ dalam usaha Malaysia menuju status negara maju.

Beliau berkata pihak media perlu bersama kerajaan dalam usaha tersebut dengan menyemarakkan nilai keintelektualan dalam kalangan rakyat.

Dalam proses negara untuk lebih maju dan ke hadapan, tahap pemikiran rakyat mesti dididik untuk menjadi masyakarakat pemikir atau ‘thinking public’, katanya pada majlis berbuka puasa bersama media di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini malam ini.

“Kita (media) ada tanggungjawab besar bukan semata-mata nak hangatkan sesuatu, bukan nak sensasikan berita apatah lagi berita palsu.

“Kalau kita (kerajaan) guna Akta Multimedia (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) untuk ambil tindakan penguatkuasaan kerajaan akan dituduh sebagai terlalu diktaktorial. Kalau tidak mengambil tindakan, media akan lapor sewenang-wenangnya sesuatu cerita ini dan akhirnya rakyat rosak, negara punah,” katanya.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, menteri-menteri kabinet, Pengerusi Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan wakil-wakil organisasi media cetak, eletronik, dan media sosial tempatan.

Najib berkata beliau berharap pengamal media membuat liputan secara lebih seimbang dan tidak berkepentingan supaya berita yang dihasilkan benar-benar berlandaskan fakta.

“Peranan media perlu menyampaikan berita tepat, benar dan bertanggungjawab dan dalam konteks persekitaran hari ini, (dan) perlu cepat.

“Kalau itu dapat dijadikan sebagai pegangan, makna media juga mainkan peranan dalam bantu kerajaan dan negara untuk capai hasrat kita untuk memakmurkan rakyat dan mencapai agenda besar untuk jadi negara maju,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd