• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Rafizi Elaun Pelajar IKM Dikurangkan Hanya Fitnah

oleh Ahmad Albab
13/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menempelak Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang sengaja memfitnah Majlis Amanah Rakyat (Mara) apabila mendakwa elaun pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) dikurangkan daripada RM250 kepada RM125.

Tegasnya Mara tiada melakukan sebarang pengurangan bayaran elaun bulanan kepada pelajar di institut pengajiannya di seluruh negara dan semua elaun pelajar dikekalkan pada kadar sedia ada.

“Dakwaan itu fitnah semata-mata, Mara tidak mengurangkan jumlah elaun yang diberi kepada pelajar kami, malah untuk tahun ini Mara mengeluarkan kira-kira RM700 juta untuk tajaan pelajar cemerlang bagi melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara.

“Dia (Rafizi) memang suka menabur fitnah,” katanya yang mengulas dakwaan itu dalam sidang akhbar selepas membuat tinjauan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, di sini hari ini.

Mengenai MRSM berkenaan, Ismail Sabri berkata ia akan dapat beroperasi sepenuhnya pada 16 Julai ini.

“MRSM yang dibina dengan kos RM48.2 juta ini hanya menunggu kelulusan daripada Indah Water Konsortium (IWK) bagi sistem pembentungannya.

“Difahamkan IWK akan datang ke sini pada minggu hadapan, sekiranya tiada masalah kelulusan beroperasi akan dapat diperoleh,” katanya.

Tambahnya jika semua berjalan lancar, seramai 180 pelajar sekolah itu yang kini menumpang di MRSM Kuala Kangsar akan dibawa ke sini untuk menyambung pelajaran mulai tahun hadapan.

MRSM berkenaan sepatutnya mula beroperasi Jun tahun lepas, namun masih belum dapat digunakan kerana menghadapi masalah bagi mendapatkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).

MRSM Sungai Besar merupakan MRSM keempat di negara ini yang akan melaksanakan konsep ‘Ulul Albab’ bagi melahirkan ulama profesional yang menguasai bidang sains, agama dan teknologi.

Tiga MRSM lain ialah MRSM Besut, Terengganu; MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan dan MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd