• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Sita Hampir 2,000 Kereta Klon Di Seluruh Negara

oleh Ahmad Albab
12/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita hampir 2,000 kereta klon di seluruh negara dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini dan sebanyak 28 kes berkaitan kereta klon telah diselesaikan selepas ia dirujuk di mahkamah.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata JPJ secara konsisten terus menjejaki sindiket kereta klon di negara ini dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dalam pelbagai operasi yang dijalankan.

Beliau berkata kebanyakan kereta klon yang dikesan di negara ini adalah dari Singapura dan usaha bagi mengekang kegiatan itu sedang dipertingkatkan pihaknya.

“Sindiket kereta klon adalah satu jenyah yang agak sukar dibanteras, namun setakat ini kita telah berjaya menumpaskan dua sindiket kereta klon dan kita yakin saki-baki mereka akan dapat ditumpas sedikit masa lagi.

“Antara usaha yang dilaksanakan bagi membanteras sindiket tersebut ialah melalui pelaksanaan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bermula 1 Jun lepas dan Sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) yang dijangka bermula 1 Jan tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas majlis iftar nur Ramadan Ketua Pengarah JPJ bersama kakitangan JPJ negeri Melaka, di sini, malam tadi.

Pada majlis tersebut beliau turut menyampaikan sumbangan kepada lebih 30 anak yatim bagi membantu meringankan beban mereka membuat persiapan Aidilfitri.

Mengulas lanjut, Ismail berkata pelaksanaan VOC bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) yang telah dilaksanakan secara berperingkat itu dapat melancarkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui transaksi dalam talian JPJ secara menyeluruh dan semua maklumat pemilik kenderaan dapat diakses dalam sistem pengkalan JPJ dengan lebih berkesan.

“Pelaksanaan VOC ini adalah satu kaedah untuk mencegah sindiket daripada menggunakan RC bagi melakukan aktiviti kereta klon berkenaan,” katanya.

Beliau berkata selain itu, VEP akan dilaksanakan di sempadan negara jiran antaranya Singapura, Thailand dan Indonesia secara efektif agar kemasukan kereta klon di negara ini dapat dibanteras sepenuhnya.

Sementara itu, katanya JPJ memberi perhatian serius dan akan mengambil tindakan tegas dalam kalangan anggotanya sekiranya mereka didapati terlibat dalam sindiket kereta klon di negara ini.

“Setakat ini, belum ada mana-mana anggota terlibat tetapi pemantauan dan pemerhatian terhadap isu ini akan sentiasa dilakukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd