• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Dr M Berkempen Untuk Pembangkang “Pengkhianatan”

oleh Ahmad Albab
12/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkempen untuk pembangkang bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar disifatkan sebagai pengkhianatan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Bahagian UMNO Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata “pengkhianatan” itu juga dilihat sebagai satu pengajaran yang ditinggalkan bekas Presiden UMNO dan Pengerusi BN itu.

“Saya tidak tau beliau masih realistik atau tidak dan kalau ya beliau tahu, ini adalah satu pengkhianatan kepada parti dan juga kepada legasi 22 tahun pemerintahan yang ditinggalkan beliau.

“Kalau pengkhianatan adalah satu pengajaran utama yang kita dapat, itu juga merupakan peninggalan beliau,” katanya secara sinis.

Nur Jazlan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Anggota Parlimen Pulai berkata Dr Mahathir pernah mengajar masyarakat supaya jangan berpolitik sangat dan lebih menumpukan kepada pembangunan negara.

“Dia dulu buat Operasi Lalang, tangkap pemimpin pembangkang utama seperti Lim Kit Siang, Mohamad Sabu, Karpal Singh dan tangkap (mereka ini) atas alasan ketenteraman negara, sekarang ini dia duduk atas satu pentas dengan orang yang sama dan menyeru supaya pengundi di Sungai Besar mengalahkan calon BN,” katanya.

Nur Jazlan berkata ini boleh dianggap sebagai satu penipuan kepada ahli UMNO dan BN yang percaya kepada Dr Mahathir dahulu apabila beliau pernah menyatakan pembangkang sebenarnya adalah ancaman kepada negara.

PRK Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak akan diadakan pada 18 Jun selepas penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd