• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Sediakan Masjid Khusus Untuk ‘Transgender’?

oleh AK-47
11/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI umum mengetahui, Indonesia sememangnya terkenal sebagai negara yang mempunyai penduduk Islam terbesar dunia.

Pun begitu, negara seberang ini ternyata mempunyai keunikan tersendiri apabila bersikap terbuka dengan menyediakan sebuah masjid khusus untuk golongan transgender yang terletak di Yogyakarta.

Kewujudan majlis tersebut didedahkan umum menerusi saluran Channel 4 News.

Menurut Pengarah Madrasah, Shinta Ratri, golongan transgender yang datang ke masjid itu diajar mengenai ajaran Islam.

“Kita juga mengajar masyarakat tentang siapa dan apa itu transgender bagi membolehkan mereka membuka minda untuk menerima transgender kerana semua orang itu adalah manusia,” katanya.

Channel 4 News turut menunjukkan rakaman video golongan transgender menyertai pengajian dan melaksanakan solat secara berjemaah.

Mereka sempat menemu bual seorang transgender di masjid berkenaan yang menamakan dirinya ‘Noor Ayu’.

Noor Ayu akui adakalanya dia terlepas mengerjakan solat dan akan keluar pada waktu malam untuk mencari lelaki.

“Kita juga mengajar masyarakat tentang siapa dan apa itu transgender bagi membolehkan mereka membuka minda untuk menerima transgender kerana semua orang itu adalah manusia.

“Saya tak rasa saya seorang yang sesat. Saya rasa saya seperti berada di jalan yang benar.

“Saya rasa mereka yang kata saya sesat, mereka yang tak memahami,” katanya semasa di temuduga Channel 4 News.

Sementara itu, seorang imam di Yogyakarta yang dikenali sebagai Abunda Faruk berkata, orang Islam percaya bahawa Allah menjadikan hamba-Nya mengikut kehendak-Nya.

“Tetapi apa yang transgender lakukan adalah bertentangan dengan Islam. Lelaki yang berpakaian seperti wanita, wanita berpakaian seperti lelaki, perkara ini adalah dilarang dalam Islam,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: transgender
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

3 Kanak-kanak Termasuk 6 Maut Amukan Transgender

3 Kanak-kanak Termasuk 6 Maut Amukan Transgender

28/03/2023
0

NASHVILLE, TENNESSEE – Seorang bekas pelajar lengkap bersenjata membunuh tiga kanak-kanak dan tiga kakitangan dalam serangan yang dirancang secara teliti...

Sajat Pelik Dikecam Bila Pakai Bikini

28/10/2021
0

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat ‘panas’ apabila telah dikecam orang ramai berhubung ‘posting’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd