• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutang Kerajaan Pada Tahap Boleh Ditangani – Najib

oleh Ahmad Albab
10/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kedudukan hutang negara ketika ini masih berada pada tahap yang mampu ditangani oleh kerajaan.

“Jumlah hutang Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura lebih besar jika dibandingkan dengan pendapatan perkapita mereka,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kejatuhan harga getah 2016 di sini hari ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah pada Selasa berkata sehingga akhir 2015, hutang kerajaan Persekutuan yang merangkumi hutang domestik dan hutang luar pesisir, mencatat RM630.5 bilion atau 54.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Sehubungan itu, Najib meminta rakyat supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan pihak tertentu kononnya negara mempunyai hutang yang amat banyak.

“Pakai dan dengar apa yang Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) cakap. Semua cakap ekonomi negara di bawah Barisan Nasional (BN) diurus dengan baik,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata pengurusan ekonomi yang cekap membolehkan kerajaan terus memberi pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat di sebalik kelembapan ekonomi global.

Beliau memberi contoh pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terbukti memberi kebaikan kepada rakyat, termasuk pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri, yang merupakan hasil daripada kutipan GST.

“Inilah sebabnya bila Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) minta bantuan raya, kita dapat beri. Kalau tiada cukai macam mana kerajaan dapat bagi.

“Sistem ini (GST) bukan nak susahkan rakyat, tapi ia untuk kebaikan negara. Bila hasil bertambah, kita pulangkan balik kepada rakyat,” kata Perdana Menteri.

GST dilaksanakan mulai 1 April 2015 pada kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan. – BERNAMA

Tags: HutangNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan kemudahan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later...

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

14/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan disyorkan untuk mendapatkan kembali aset berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd