SARABURI – Setelah heboh dengan terbongkarnya kilang pemprosesan syampu palsu, pihak polis di  Thailand kembali menyekat peredaran jus oren palsu secara berleluasa.
Amalan tersebut dilakukan oleh pasangan yang berasal dari Vietnam yang mampu membancuh jus palsu dengan mencampurkan air, pewarna oren, dan cecair (pemanis buatan yang manisnya 300 kali ganda dari gula asli).

Dihadapan pegawai, pasangan tersebut mempraktikkan cara memproses jus oren palsu hingga dibungkus dalam botol dan siap untuk dipasarkan. Pihak polis telah menahan pasangan tersebut untuk dimintai keterangan lebih lanjut.


Tersebarnya berita pemprosesan jus oren palsu tentu saja harus menjadi perhatian kita semua kerana dalam bulan ramadhan yang suci ini saluran pengedaran produk makanan yang dibuat dengan prosedur pengelohan air jus yang tidak sihat. – MYNEWSHUB.CC