• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tak Ambil Alih Proton, Kata Mustapa

oleh Ahmad Albab
09/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berhasrat untuk menukarkan saham keutamaan kumulatif boleh tukar boleh tebus (RCCPS) bernilai RM1.25 bilion dalam Proton Holdings Bhd menjadi saham biasa dan tidak mengambil alih pengeluar kereta nasional itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pembiayaan itu merupakan sebahagian daripada pinjaman mudah RM1.5 bilion yang dipersetujui untuk diberikan kepada pengeluar kereta nasional itu pada April 2016.

“Proton akan kekal sebagai syarikat swasta sepenuhnya dan pengurusannya akan bertanggungjawab penuh bagi keputusan perniagaannya.

“RCCPS itu dengan ciri-ciri ekuiti adalah kaedah paling pantas untuk menyelesaikan masalah kewangan Proton sekarang ini kerana syarikat itu amat memerlukan mudah tunai untuk membayar vendor-vendornya,” kata Mustapa dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab spekulasi bahawa rancangan tersebut akan kelaknya bermakna RCCPS mungkin akan ditukarkan menjadi saham biasa, yang sekali gus menjadikan kerajaan pemegang saham utama dalam Proton dengan 79.3 peratus pegangan.

Berdasarkan kepada perjanjian langganan yang dimeterai antara Govco Holdings Bhd dan Proton, terdapat beberapa terma dan ciri-ciri RCCPS yang membebankan Proton untuk ditukarkan menjadi saham biasa.

“Kerajaan berharap Proton dapat menambah baik keputusan kewangannya dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Selepas tempoh lanjutan lima tahun, Proton perlu membayar dividen kumulatif (tahun 1-5) pada empat peratus setahun serta pembayaran semula RCCPS,” katanya. – BERNAMA

Tags: Proton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd