• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Rakyat Malaysia Dibebaskan Penculik Dibawa Ke Kota Kinabalu

oleh Ahmad Albab
09/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Selepas berjumpa dengan anggota keluarga dan selesai menjalani pemeriksaan kesihatan di sini hari ini, empat mangsa culik dari Sarawak yang dibebaskan semalam oleh kumpulan militan Abu Sayyaf, dibawa ke Kota Kinabalu.

Mereka dibawa ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat Polis Diraja Malaysia pagi tadi.

Setibanya mereka dari selatan Filipina, mereka dibawa ke sebuah hotel di sini untuk bertemu dengan anggota keluarga mereka.

Keempat-empat mereka ialah adik beradik Wong Teck Kang ,31, dan Wong Teck Chii ,29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien ,21, dan seorang lagi anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing ,34, diculik di perairan Pulau Ligitan, Semporna pada 1 April lepas.

Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi berkata hasil pemeriksaan kesihatan yang dilakukan mendapati mereka dalam keadaan baik.

“Untuk makluman, (keempat-empat mangsa) tidak dibawa ke hospital tetapi pegawai perubatan kami telah menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas keempat-empat mangsa (di hotel) dan kesemua didapati dalam keadaan baik,” katanya kepada Bernama.

Hari ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media di ibu negara berkata empat bekas mangsa culik itu akan dibawa ke Kota Kinabalu untuk diambil keterangan sebaik sahaja mereka selesai menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, anggota keluarga keempat-empat mangsa turut dibawa ke Kota Kinabalu dengan menaiki penerbangan AirAsia pada tengah hari tadi.

Cubaan Bernama dan media lain untuk menemu bual anggota keluarga berkenaan di Lapangan Terbang Sandakan tidak dapat dibuat selepas mereka yang diiringi polis masuk menerusi pintu kenamaan.

Di Kota Kinabalu, wartawan yang menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) juga gagal menemui keluarga mangsa untuk ditemu ramah.

Sebaik sahaja pesawat AirAsia yang membawa mereka dari Sandakan mendarat di KKIA kira-kira 4 petang, kesemua anggota keluarga mangsa dibawa menaiki dua buah kenderaan polis ke destinasi yang tidak diketahui.

Ketika kenderaan berkenaan melalui wartawan, penumpang di dalam dua buah kenderaan berwarna merah berkenaan cuma menundukkan kepala sambil melindungi wajah mereka menggunakan tangan. – BERNAMA

Tags: kes culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

29/09/2022
0

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kes penculikan seorang kanak-kanak di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd