HONOLULU – Seorang wanita dirakam ditumbuk seorang lelaki yang kemudiannya mencuri telefon bimbitnya di tempat letak kereta di Hawaii, Amerika Syarikat.
Di bawah, video berdurasi 44 saat menunjukkan sala h seorang daripada dua suspek lelaki, memukul mangsa dan menumbuknya.
Berdasarkan rakaman kamera pengawasan CCTV di tempat letak kereta itu juga, mangsa yang berusia 55 tahun dilihat sedang bercakap di telefon bimbit semasa didatangi dua suspek.
Dilaporkan ketika pihak polis sedang memburu dua lelaki berkenaan, mereka melakukan satu lagi rompakan terhadap orang awam pada pukul 5.20 petang, Sabtu lalu.
Hingga kini suspek masih diburu. – MYNEWSHUB.CC
