• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Silap Strategi Musnahkan Harapan Skuad Berbasikal Raih Emas

oleh Ahmad Albab
24/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Kesilapan strategi memusnahkan peluang skuad berbasikal lebuh raya Malaysia dalam merebut pingat emas acara perlumbaan 97.2km Lelaki dan Wanita B di Songdo Road Cycling, di sini hari ini.

Kesilapan itu menyebabkan gandingan Mohd Khairul Hazwan Wahab dan Mohd Razif Mohd Salleh sekadar meraih pingat gangsa dengan catatan masa dua jam, 24 minit dan 12 saat (2:24:12s)

Ketua jurulatih berbasikal, Mohd Johari Nayan berkata anak didiknya melakukan kesilapan besar bila memberi peluang kepada pelumba tuan rumah
mendahului pada pusingan ketiga.

“Kita sudah berbincang mengenai taktik terbaik sebelum perlumbaan bermula dan kalau ikut perancangan awal, mereka perlu mengekor rapat atlet lawan. Tidak boleh biarkan ada jurang yang terlalu jauh.

“Perlumbaan ini tidak banyak penyertaan, jadi memang tidak boleh berada jauh daripada pihak lain. Kalau tidak mereka akan meloloskan diri dengan mudah,” katanya kepada pemberita di sini selepas perlumbaan.

Pelumba tuan rumah, Kim Jong Gui dan Chun Dae-Hong meraih pingat emas apabila mencatat masa 2:18:35s diikuti pingat perak diraih oleh pelumba Jepun, Tatsuyuki Oshiro dan Koji Miyakoshi 2:24:12s.

Kemenangan pingat gangsa Malaysia ditentukan melalui foto penamat apabila  mencatat masa yang sama iaitu 2:24:12s dengan Jepun.

Sasaran awal skuad lebuh raya adalah meraih pingat emas dalam acara tersebut.

Mohd Johari berkata alasan laluan berangin dan tidak mendapat rentak sehingga pusingan ketiga, tidak boleh diterima.

Bagaimanapun, Mohd Johari berkata secara keseluruhannya skuad berbasikal mempamerkan prestasi yang lebih bagus berbanding temasya sama di Guangzhou, empat tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Sukan Para Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan Para Asia 2018 Berakhir, Hangzhou Tuan Rumah 2022

13/10/2018
0

JAKARTA - Sukan Para Asia 2018 ditutup penuh meriah malam ini, yang selama lapan hari menampilkan aksi luar biasa atlet...

Doa Ibu Bapa Buat Dik Wan Sebak, Raih Emas Ke-3

12/10/2018
0

JAKARTA – "Terima kasih emak, ayah, doakan Dik Wan" reaksi terharu atlet hebat negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi setelah menamatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd