• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Serah Zakat Kumpulan Felda RM16.38 Juta

oleh Ahmad Albab
09/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan zakat Kumpulan Felda bagi tahun 2015 berjumlah RM16.38 juta kepada 13 Pusat Zakat Negeri.

Najib menyerahkan bayaran itu kepada wakil pusat-pusat tersebut yang antara lain terdiri daripada menteri besar, ketua menteri dan anggota exco kerajaan negeri di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana di sini malam ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad; Presiden dan CEO Felda Global Ventures Holdings Berhad, Datuk Zakaria Arshad; Pengarah Besar Felda Datuk Hanapi Suhada.

Sebelum itu, Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berbuka puasa bersama 2,000 tetamu termasuk anggota kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri, wakil-wakil Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), duta dan ketua perwakilan asing, pengurusan Kumpulan Felda dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

Pada majlis itu, Najib dan Rosmah juga menyampaikan sumbangan kepada 100 anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi; Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting; dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim/Miskin, Klang.

Najib dan Rosmah kemudian bersama tetamu menunaikan solat sunat Tarawih. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakZakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd