• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempahan Batu Nisan Naik 3 Kali Ganda Pada Ramadan

oleh Ahmad Albab
08/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Permintaan terhadap batu nisan pada Ramadan di negeri ini sangat menggalakkan hingga mencecah tiga kali ganda berbanding hari biasa.

Pengusahanya, Raja Faizudin Raja Sulaiman, 38, berkata tempahan terhadap batu nisan menjelang Ramadan sangat luar biasa kerana ramai yang ingin memperbaharuinya di kubur keluarga masing-masing menjelang Syawal.

Beliau yang mewarisi perusahaan itu daripada bapanya, Raja Sulaiman Raja Soh, 78, berkata permintaan yang menggalakkan pada bulan puasa menyebabkan beliau terpaksa menolak tempahan ketika 10 hari sebelum Syawal kerana tidak sempat untuk menyiapkannya.

“Pekerja saya hanya enam orang dan pada hari biasa kami menerima dua pelanggan setiap hari, sebaliknya pada setiap Ramadan pelanggan meningkat menjadi enam orang.

“Proses menghasilkan batu nisan dan belindan agak rumit dan memerlukan ketelitian. Disebabkan itulah saya terpaksa menolak tempahan yang terlalu banyak kerana bimbang tidak sempat siap dalam tempoh ditetapkan,” katanya ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Badang di sini, hari ini.

Beliau yang sudah 12 tahun mengusahakan pembuatan batu nisan kini memiliki empat cawangan yang dijadikan bengkel serta kedai di sekitar Kota Bharu.

Raja Faizudin berkata untuk menghasilkan set batu nisan memerlukan dua hingga 14 hari untuk disiapkan bergantung kepada acuan dan jenis yang diinginkan.

Dari segi harganya pula, paling murah adalah RM420 malah ia mampu mencecah sehingga RM10,000 bergantung kepada bahan.

Terdapat beberapa jenis bahan yang digunakan untuk menghasilkan batu nisan antaranya batu sungai, simen, terrazo, marmar dan granit.

Bukan sekadar membuat, beliau turut menyediakan khidmat menghantar serta memasang batu nisan di sekitar Kelantan.

“Untuk memasang batu nisan saya hanya hadkan di sekitar Kelantan dengan caj yang ditetapkan bergantung kepada jarak,” katanya. – Berita Harian

Tags: batu nisan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Giat Buru Pencuri Batu Nisan

Polis Giat Buru Pencuri Batu Nisan

02/05/2023
0

JOHOR BAHRU: Polis giat mengesan individu yang bertanggungjawab atas kehilangan lebih 10 batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau,...

Batu Nisan Ditemukan Di Ruang Solat Masjid

20/04/2022
0

KULIM: Jemaah yang mahu menunaikan solat Subuh terkejut apabila menemukan batu nisan di ruang solat Masjid Al Itihad di Sungai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd