• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki ‘Dengar’ Rama-Rama Kibas Kepak Dalam Telinga

oleh Ahmad Albab
25/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki menjadi tidak keruan apabila pendengarannya diganggu dengan bunyi seolah-olah ada sesuatu sedang bergerak-gerak dan mengibaskan kepak dalam telinganya.

Hanya dikenali sebagai Mikey, lelaki itu ditemui rakannya terbaring di lantai sambil mengadu mengesyaki ada serangga masuk ke dalam telinganya dan ia mungkin rama-rama.

Mikey juga memberitahu rakannya, dia dapat mendengar pergerakan serangga itu dalam telinganya terutama ketika kepaknya dikibas.

Menggambarkan saat serangga itu terbang ke dalam telinganya, Mikey berkata: “Saya dapat rasakan ia masuk, saya cuba menepis tetapi gagal.”

Kejadian di Missouri, Amerika Syarikat ini menyebabkan rakannya terpaksa menggunakan lampu suluh dan penyepit untuk mengeluarkan rama-rama itu.

Tambah menyukarkan keadaan apabila telinga Mikey juga dipenuhi tahi telinga menyebabkan rakannya perlu membersihkannya dahulu, sebelum meneruskan usaha untuk mengeluarkan rama-rama yang bersembunyi jauh ke dalam lubang telinga lelaki malang itu.

Selepas beberapa kali cubaan gagal, akhirnya mereka berjaya menarik keluar rama-rama coklat sepanjang kira-kira tiga sentimeter dan ia masih hidup.

Sambil serangga itu mengibaskan kepaknya di lantai, Mikey yang ternyata lega berulang kali mengucapkan terima kasih kepada rakan yang membantunya.

Pada awal bulan ini, Mirror melaporkan bagaimana pengembara Britain terpaksa menahan rasa sakit dan tidak selesa apabila lintah melekat pada hidungnya.

KLIK UNTUK BACA KISAH LINTAH BERSARANG DALAM HIDUNG SELAMA SEBULAN!!

Daniella Liverani ke Vietnam dan mengalami pendarahan hidung dan sebaik pulang ke Edinburgh dan mendapatkan rawatan, doktor mengesan adanya lintah pada hidungnya.

Selain itu, pada Ogos, Brit Rob Fielding dilaporkan menjalani pembedahan selama 90 minit untuk mengeluarkan rama-rama yang dikatakan berterbangan dalam kepalanya. – mStar

Tags: serangga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Spray Serangga Jenama Camay Ni Terjual Ratusan Ribu Botol?

22/05/2022
0

Ok..sebelum anda membaca lebih lanjut, baca jawapannya terus dahulu. Mudah sahaja mengapa begitu banyak yang terjual, ini kerana ia memang...

Bumi Bakal Berdepan Kepupusan Seranggga

12/02/2019
0

LEBIH 40% spesies serangga boleh pupus dalam tempoh beberapa dekad akan datang, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik satu kajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd