• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Muslim Dihina Lelaki Rasis Di Kedai Aiskrim

oleh AK-47
08/06/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUDAH acapkali kita dengar tentang layanan buruk yang diterima oleh masyarakat Islam yang tinggal di negara-negara Barat disebabkan masalah ‘Islamophobia’.

Terbaharu, dua wanita muslim Nura Takkish dan Malaak Ammari telah dihina seorang lelaki rasis ketika sedang menikmati aiskrim di sebuah kedai, Ice Cream & Dessert di Orange County di Amerika Syarikat.

Dalam kejadian 24 Mei lalu, seorang lelaki tiba-tiba masuk ke dalam kedai tersebut sebelum menghina mereka dengan berkata, “I don’t want them in my country”( Aku tidak mahu mereka tinggal di negaraku).

Bagaimanapun, seorang pekerja aiskrim pantas mempertahankan wanita muslim tersebut dengan mengarahkan lelaki rasis tersebut keluar dari kedai tersebut.

wanita-muslim-dihina-di-toko-reaksi-pegawai-ini-mengejutkan

wanita-muslim-dihina-2

1354995_1280x720

Video insiden itu dirakam oleh Nura sebelum dimuat naik ke media sosial, seterusnya menjadi viral.

Rata-rata mengecam perbuatan lelaki tersebut, selain memuji sikap pekerja kedai yang sanggup mempertahankan wanita muslim tersebut.

Menerusi video, lelaki tersebut dilihat menuding jari ke arah kedua wanita muslim itu sebelum diiringi keluar pekerja kedai tersebut kerana tindakannya yang rasis.

Pekerja berkenaan turut memohon maaf kepada kedua wanita susulan kejadian yang tidak diingini itu.

Pada masa sama, Nura dan Malaak mengucapkan terima kasih kerana pekerja tersebut kerana sanggup mempertahankan mereka. – MYNEWSHUB.CC


Tags: rasis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salahuddin Sedia Beri Keterangan Dakwaan Ucapan Rasis

07/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang arahan untuk tampil memberi...

Salahuddin Keluar Kenyataan Rasis, Menghasut Disiasat

06/11/2019
0

PONTIAN - Sehingga kini polis telah menerima lapan laporan polis sepanjang hari berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd