• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Cipta Helikopter Boleh Terbang Selaju 200kmj

oleh Ahmad Albab
08/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HENGSHUI (China) – Seorang lelaki di bandar ini merealisasikan impian zaman kanak-kanaknya apabila berjaya menerbangkan helikopter ciptaannya sendiri.

Lebih mengagumkan lagi helikopter ciptaan Xie Baogang, 31, mampu terbang selaju 200 kilometer sejam (kmj) dan sejauh 400 kilometer.

Baogang memberitahu, sejak kecil lagi dia sudah berminat dengan dunia penerbangan dan bercita-cita menjadi juruterbang.

Apabila dewasa, Baogang membuka kedai membuat pintu dan tingkap.

Walaupun perniagaannya bertambah maju dia tidak pernah melupakan cita-citanya.

Selepas beberapa tahun, Baogang mengambil keputusan meninggalkan dunia perniagaan bagi menumpukan seluruh perhatian terhadap kajian mengenai dunia penerbangan.

Pada 2009, Baogang berjaya menyiapkan sebuah helikopter yang direka dan dibuatnya sendiri tetapi akibat kekurangan pengalaman pesawat itu gagal ujian penerbangan.

Bagaimanapun, kegagalan itu tidak pernah mematahkan semangatnya dan Baogang terus mengkaji kesilapan rekaannya.

Selepas lapan prototaip dikeluarkan, akhirnya Baogang berjaya mencipta helikopter yang boleh terbang dengan selamat.

Baogang berkata, dia sangat gembira kerana cita-citanya untuk menjadi juruterbang tercapai dan lebih manis lagi dia menerbangkan pesawat ciptaannya sendiri. – Agensi

Tags: helikopter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia disahkan antara lapan mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat, Indonesia, semalam....

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

03/03/2026
0

MANILA – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut selepas sebuah helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan lapang di Pililla, wilayah Rizal, kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd