• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Poad Bangga Kejayaan Cemerlang Khairul Hafiz

oleh Ahmad Albab
08/06/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Jurulatih pecut Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Mohd Poad Md Kassim berbangga dengan pencapaian luar biasa dicatat anak didiknya, Khairul Hafiz Jantan pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia ke-17 di Vietnam yang berakhir pada Isnin.

Beliau menyifatkan kejayaan Khairul Hafiz yang meraih satu pingat emas dalam acara 100 meter dan dua perak, masing-masing dalam acara 200 meter dan 4×100 meter berganti-ganti merupakan satu pencapaian di luar jangkaannya.

“Keseluruhanya saya berpuashati…pada asalnya, saya hanya menyasarkan acara berganti-ganti akan mendapat pingat tapi Khairul Hafiz (Jantan) telah membuktikan kehebatannya di peringkat remaja Asia,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setibanya skuad olahraga remaja negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Mohd Poad meminta segelintir pihak supaya tidak mempertikaikan keputusan anak didiknya yang mengesahkan akan menyertai Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak berbanding Kejohanan Remaja Dunia di Poland walaupun kedua-dua kejohanan berkenaan dijadual berlangsung Julai ini.

Beliau menjelaskan adalah tidak wajar memaksa seseorang atlet menyertai sesebuah kejohanan kerana ia hanya akan menjejaskan tumpuan mereka dalam memberikan aksi terbaik di dalam pertandingan itu.

“Kalau atlet berkenaan rasa seronok berlari di Sukma, saya sokong dan jika atlet berkenaan merasakan mereka lebih suka beraksi di Poland, saya juga akan menyokong, tiada halangan daripada saya.

Sebelum ini pun, saya sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa atlet (di bawah kendalian saya) dan rata-rata daripada mereka mahu beraksi di Sukma berbanding Kejohanan Remaja Dunia,” katanya sambil berkeyakinan Khairul Hafiz mampu memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter pada Sukma nanti.

Untuk rekod, Khairul Hafiz mencatat masa 21.13 saat pada Kejohanan Remaja Asia namun catatan berkenaan masih jauh daripada rekod kebangsaan dipegang bekas pelari pecut kebangsaan, Tan Sri Dr M. Jegathesan iaitu 20.92 saat yang dicatat pada separuh akhir acara 200 meter pada Sukan Olimpik 1968 di Mexico.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd Poad mendedahkan beliau akan membawa atlet di bawah kendaliannya menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Hong Kong, 25 Jun ini sebagai medan persiapan menghadapi Sukma dan beberapa kejohanan lain.

Antaranya ialah Khairul Hafiz, Badrul Hisyam selain Asnawi Hashim dan Muhammad Haiqal Hanafi dalam acara 4×100 meter. – BERNAMA

Tags: Olahraga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pingat Emas Rayzam ‘Dirompak’ Akibat Keputusan Berat Sebelah

10/12/2019
0

NEW CLARK CITY - Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil mendakwa pingat emas yang sepatutnya dimenangi jaguh...

Andre Anura Lebur Rekod Kebangsaan Berusia 12 Tahun

08/12/2019
0

NEW CLARK CITY - Skuad olahraga negara membuka kempen Sukan SEA ke-30 di Filipina dengan pencapaian sederhana setelah sekadar mengutip...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd