• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan P.Pinang Tak Pernah Mohon Projek Terowong

oleh Ahmad Albab
07/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah memohon kepada kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut di negeri itu.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sebarang perancangan jalan di Pulau Pinang termasuk pembinaan terowong perlu dirujuk kepada kerajaan Persekutuan terlebih dahulu.

“Ketua Menteri Lim Guan Eng kena ingat sebarang pembinaan jalan tertakluk kepada Kementerian Pengangkutan dan jalan terletak di bawah Akta Pengangkutan Jalan.

“Kalau dia (Gung Eng) nak kenakan tol pun dia kena rujuk dengan kerajaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat Alor Pongsu di sini hari ini oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Persimpangan yang turut mempunyai plaza tol itu mula dibina pada 2012 dan siap bulan lalu.

Fadillah diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang berkata pembinaan terowong dasar laut di negeri itu tidak perlu mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan kerana ia merupakan hak kerajaan negeri.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Fadillah berkata 100,000 pengguna dijangka menggunakan Persimpangan Bertingkat Alor Pongsu di Kilometer 181.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang dibuka sepenuhnya mulai jam 10 malam ini.

Katanya persimpangan bertingkat yang dibina dengan kos kira-kira RM100 juta itu akan menghubungkan kawasan Alor Pongsu, Bagan Serai dan Selama, Perak ke PLUS dengan tempoh perjalanan dipendekkan daripada 45 minit kepada 10 minit.

“Ini kerana kerajaan sedar lebuh raya memainkan peranan amat besar sebagai pemangkin pembangunan negara, sekali gus mampu menjana pertumbuhan kawasan
sekitar dengan lebih pantas.

“Selain itu, persimpangan bertingkat ini bakal menjadi laluan alternatif di sepanjang Jalan Persekutuan 147, iaitu Jalan Bagan Serai-Selama ke Lebuhraya Utara-Selatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Fadillah Yusofterowong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

17/03/2025
0

KUCHING: Pihak yang tidak terlibat dalam rundingan di antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berhubung pengedaran...

4 Tuntutan MA63 Belum Ada Persetujuan – Fadillah

4 Tuntutan MA63 Belum Ada Persetujuan – Fadillah

12/09/2024
0

KOTA KINABALU : Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan empat perkara dalam rundingan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd