• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda Hina Kerabat Johor Dihukum Penjara Setahun

oleh Ahmad Albab
07/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas 14 pertuduhan memuat naik komen bersifat jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam laman sosial Facebook (FB).

Tertuduh, Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri, 19, yang berasal dari Tumpat, Kelantan mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Sabariah Atan.

Mengikut semua pertuduhan, Muhammad Amirul Azwan didakwa melakukan perbuatan itu menerusi laman sosial berkenaan atas nama “Miyo Castello” dengan niat untuk menyakiti hati Tunku Ismail.

Tertuduh didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen bersifat jelik di laman FB TRW Troll Story dengan niat menyakitkan hati dan mengganggu orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Mac dan April lalu dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara setahun bagi setiap pertuduhan di mana hukuman itu dijalankan secara serentak bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 28 April lalu.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Berita Harian

Tags: hina TMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sanusi Ejek TMJ, Pemuda Pas Johor Mohon Maaf

16/11/2021
0

JOHOR BAHRU – Gara-gara ‘kenakalan’ Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengusik pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT),...

Penganggur Ditahan Disyaki Hina Polis, Sultan Johor, TMJ

17/04/2020
0

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki di Pengerang, dekat Kota Tinggi, awal hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd