• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar ‘Memberontak’ Tak Pakai Coli Ke Sekolah

oleh AK-47
07/06/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT bengang ditegur pengetua sekolah kerana tidak memakai coli, seorang pelajar Sekolah Tinggi Helena, Montana, Amerika Syarikat melancarkan ‘mogok’ bersama rakan-rakannya yang lain, baru-baru ini.

Sesi mogok itu melibatkan sekumpulan pelajar wanita yang datang ke sekolah tanpa mengenakan coli bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Kaitlyn Juvik.

Kaitlyn turut mempertahankan tindakannya tidak memakai coli dengan memuat naik gambar baju yang dipakai sehingga menerima teguran daripada pihak pengurusan sekolah di laman sosial miliknya.

“Jika sesiapa berasa curiga, inilah baju yang saya pakai sehingga dipanggil pengetua. Ia tidak jarang dan bersesuaian (untuk dipakai ke sekolah), anda tidak boleh meneka saya tidak memakai coli atau tidak sekiranya tidak merenung tajam ke arahnya.

“Saya cukup pasti saya tidak melanggar apa-apa etika berpakaian ke sekolah,” tulisnya.

bra

Sementara itu, menurut pengetua sekolah berkenaan Steve Thennis, ada seseorang di sekolah yang mengadu perkara itu sehingga menyebabkan pelajar berkenaan dipanggil menghadapnya.

“Bukan tugas saya untuk memeriksa pelajar pakai pakaian dalam atau tidak. Tugas kami adalah meminta mereka pakai pakaian bersesuaian dan jika tidak senonoh, tidak kira pelajar lelaki atau perempuan pihak sekolah akan minta mereka menukar pakaian lebih sopan,” katanya.

Kaitlyn ketika ditemuramah pihak media mendakwa, dia berasa tersinggung apabila diminta berpakaian sopan kerana tidak termaktub dalam peraturan sekolah pelajar tidak dibenarkan tidak memakai coli ketika hadir sesi persekolahan.

“Saya berasa tersinggung bila ada orang yang tak selesa hanya sebab saya tak pakai coli. Ini adalah tubuh saya dan saya tak faham kenapa ada orang lain yang tak selesa,” katanya.

Disebabkan itu, Kaitlyn dan dua rakannya menubuhkan laman Facebook ‘No Bra No Problem’ bagi membantah diskriminasi ke atas pelajar perempuan dan ‘menghalalkan’ pelajar ke sekolah tanpa memakai coli.

Setakat ini, page tersebut telah menarik perhatian 300 pelajar.

Sebagai tanda sokongan terhadap Kaitlyn, sekumpulan pelajar lelaki dilaporkan turut memakai coli ke sekolah.

Sebilangan ibu bapa pelajar melaporkan perkara ini kepada pihak polis namun mereka dimaklumkan pelajar-pelajar tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: facebookpelajarSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd