• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital P.Pinang Ada Kelengkapan Terkini Rawat MB Kedah

oleh Ahmad Albab
06/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Hospital Pulau Pinang mempunyai kelengkapan terkini dan lebih lengkap untuk merawat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengalami komplikasi usus, kata Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Zailan Adnan.

Beliau berkata, satu keputusan dibuat para pakar perubatan hari ini dan dipersetujui anggota keluarga agar Ahmad Bashah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang.

“Setelah dimamklumkan hari ini bahawa Ahmad Bashah akan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang, saya segera mengarahkan para pegawai saya membuat persiapan bagi membantu proses itu,” katanya apabila dihubungi Bernama hari ini.

Ahmad Bashah dikatakan dibawa dengan ambulans ke Hospital Pulau Pinang pada 3.44 petang dari Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar. Beliau diiringi anak perempuannya, Azira Hafiza.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din memberitahu sidang akhbar bahawa Ahmad Bashah mengalami komplikasi usus, tetapi tidak serius dan berada dalam keadaan stabil.

Dr Zailan berkata tempoh Ahmad Bashah berada di Hospital Pulau Pinang akan bergantung pada penilaian para pakar di sini.

Menurutnya, Ahmad Bashah akan diberi rawatan sewajarnya dan beliau berharap menteri besar itu juga akan mendapat rehat yang diperlukannya.

“Kami berharap tiada sesiapa dibenarkan melawat supaya pesakit dapat menikmati rehat sewajarnya ketika menerima rawatan,” katanya.

Ahmad Bashah dimasukkan ke KMC setelah beliau pitam ketika mengadakan mesyuarat dengan anggota dewan undangan negeri Kedah di Hotel Grand Alora, Alor Setar pada kira-kira 7 malam Sabtu. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd