• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Pantau Kebersihan Makanan Di Bazar Ramadan

oleh Ahmad Albab
06/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil 770 sampel makanan secara rawak dari 14 tapak bazar Ramadan terpilih di seluruh ibu kota bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

Pengarah Eksekutif Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Sauffi Muhammad berkata ia bertujuan bagi memastikan makanan yang dijual di 89 tapak bazar Ramadan sentiasa berkualiti, bersih dan selamat dimakan.

Beliau berkata sampel-sampel itu akan diambil itu mengikut makanan berisiko tinggi terdedah pada pencemaran bakteria susulan pengendalian makanan yang tidak mengikut piawaian.

Beliau berkata operasi untuk persampelan makanan bermula dari hari ini sehingga 23 Jun manakala pemeriksaan sanitasi pula akan berterusan sehingga minggu akhir Ramadan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan operasi itu di Bazar Ramadan Jalan Kuching, di sini hari ini.

“Kesemua sampel makanan akan diuji di Makmal Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL dan peniaga yang gagal dalam hasil ujian itu akan dikenakan kompaun dan disenaraihitamkan,” katanya.

Mohd Sauffi berkata tahun lepas, sebanyak 43 kompaun dan tindakan senarai hitam diambil terhadap penjaja bazar Ramadan kerana melanggar syarat dan garis panduan penyediaan makanan di bawah Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan 1979.

Beliau menasihatkan pengguna supaya lebih teliti membeli makanan dan memilih penjaja yang menititikberatkan kebersihan bagi mengelak keracunan makanan akibat makan juadah yang dibeli di bazar Ramadan,

Tahun ini, katanya, DBKL telah mengeluarkan hampir 6,000 lesen sementara untuk penjaja bazar Ramadan. – BERNAMA

Tags: bazar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hapus Bazar Jalan TAR, PH Cuba Padam Imej Melayu?

27/06/2018
0

SATU demi satu imej Melayu dan Islam di negara ini mula terhakis secara perlahan-lahan sejak Pakatan Harapan (PH) mendapat kuasa...

Tiada Lagi Bazar Raya Di Jalan TAR Selepas Ini

26/06/2018
0

MUKTAMAD… Mulai tahun hadapan, tiada lagi bazar perayaan yang sinonim diadakan sejak dahulu menjelang Hari Raya Aidilfitri di Jalan Masjid...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd