• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Kuala Kangsar: Paraglider Tiada Kebenaran DCA

oleh Ahmad Albab
06/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Polis menerima laporan mengenai dua orang paraglider yang berlegar-legar di ruang udara ketika proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar berlangsung di Dewan Jubli Perak, di sini semalam.

Jurucakap polis bagi PRK Kuala Kangsar Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latiff berkata hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kelulusan penerbangan paraglider dikeluarkan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

“Perkara ini telah disahkan oleh pegawai bertugas di Pusat Kawalan Trafik Udara, Ipoh dan tiada sebarang ‘notice to airmen’ (NOTAM) dikeluarkan oleh pihak DCA Putrajaya.

“Usaha untuk mengesan suspek yang menerbangkan paraglider sedang dijalankan,” katanya yang juga Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Peraturan 143 Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Dalam pada itu, Shaharon Anuar berkata situasi keselamatan di sekitar Kuala Kangsar adalah tenang dan terkawal tanpa sebarang insiden yang menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Katanya sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan ceramah daripada parti-parti yang bertanding.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya berkempen secara sopan dan tidak keterlaluan sepanjang kempen pilihan raya diadakan.

“Hanya calon bertanding atau agen calon sahaja dibenarkan membuat permohonan permit aktiviti kempen dan perlu mematuhi arahan polis.

“Mereka juga perlu mengelak perlakuan provokasi atau menggunakan kata-kata kesat serta membangkitkan isu sensitif seperti isu perkauman dan keagamaan terhadap mana-mana individu sepanjang masa berkempen,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRK Kuala Kangsar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

PRK K.Kangsar: Peratusan Keluar Mengundi Tak Capai Sasaran

18/06/2016
0

KUALA KANGSAR - Pengundi luar kawasan yang tidak pulang mengundi dilihat punca peratusan pengundian tidak mencapai sasaran pada pilihan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd