SUSULAN kenyataan anti Beijing yang dikeluarkan oleh calon presiden Donald Trump sebelum ini, sentimen rakyat China terhadapnya semakin meningkat.
Sebuah syarikat pengeluaran tisu tandas, Qingdao Wellpaper Industrial Co. yang terletak di Shandong telah mengeluarkan tisu tandas yang memaparkan wajah Trump dan tisu tersebut telah mendapat permintaan yang sangat tinggi.
Menurut jurucakap Qingdao, pada awalnya, mereka hanya menerima 100 gulung tempahan tetapi kini ianya meningkat kepada 5,000 gulung pesanan setiap hari.
Berdasarkan rekod syarikat tersebut, tisu itu majoritinya dibeli oleh pembeli dari Amerika Syarikat sendiri.
Bintang bola sepak wanita kebangsaan Amerika Syarikat, Sydney Leroux juga telah menggunakan tisu berkenaan dan telah memuatnaik gambar tisu tandas tersebut ke laman Instagramnya bulan lalu.
Qingdao juga menjual tisu yang memaparkan wajah Hilary Clinton tetapi penjualan dan tempahan yang diterima jauh lebih rendah daripada wajah Trump. – MYNEWSHUB.CC

