• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Rakyat Catat Untung RM1.1 Bilion

oleh Ahmad Albab
23/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi setengah tahun pertama 2014 RM1,109.88 juta iaitu peningkatan sebanyak RM2.44 juta atau 0.22 peratus berbanding setengah tahun pertama 2013 sebanyak RM1,107.44 juta.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan memberitahu, antara penyumbang kepada peningkatan itu adalah penurunan jumlah perbelanjaan sebanyak RM192.16 juta kepada RM958.55 juta berbanding RM1,150.71 juta pada tempoh sama tahun lalu.

“Bagi tempoh enam bulan pertama 2014, Bank Rakyat mencatatkan keuntungan bersih RM961.91 juta, meningkat sebanyak RM46.94 juta atau 5.13 peratus berbanding tahun lalu berjumlah RM914.97 juta.

“Peningkatan ini berpunca daripada penurunan cukai dan zakat sebanyak RM44.50 juta kepada RM147.97 juta berbanding RM192.46 juta pada tempoh sama tahun lalu,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, jumlah aset Bank Rakyat bagi setengah tahun 2014 berjumlah RM86,534.48 juta, meningkat sebanyak RM1,835.97 juta atau 2.17 peratus berbanding setengah tahun 2013 berjumlah RM84,698.51 juta.

Kata kenyataan itu, pencapaian berkenaan pula disebabkan oleh peningkatan pembiayaan dan pendahuluan sebanyak RM2,061.33 juta serta tambahan pegangan sekuriti pelaburan sebanyak RM1,357.46 juta.

Tambah kenyataan itu, baki pembiayaan kasar pada setengah tahun pertama 2014 juga meningkat kepada RM60,397.98 juta berbanding RM58,445.59 juta pada setengah tahun 2013, peningkatan sebanyak RM1,952.39 juta atau 3.34 peratus.

Jelas kenyataan itu, antara penyumbang adalah peningkatan pembiayaan peribadi sebanyak RM2,505.44 juta kepada  RM48,655.24 juta berbanding RM46,149.80 juta pada setengah tahun 2013.

“Peningkatan pembiayaan sewa beli belum diterima sebanyak RM80.48 juta kepada RM433.82 juta pada setengah tahun 2014 berbanding RM353.34 juta pada setengah tahun 2013 turut menyumbang kepada prestasi positif ini,” kata kenyataan itu.

Justeru, Bank Rakyat yakin  mencapai sasaran yang dirancang bagi tahun 2014 berikutan peningkatan pembiayaan yang diunjurkan positif bagi sektor perbankan.

Bank Rakyat seterusnya berkata, perbankan runcit kekal sebagai perniagaan utama Bank dan pada masa ini menyumbang kepada hampir 90 peratus baki keseluruhan pembiayaan berdasarkan peningkatan permohonan pembiayaan perumahan-i. Bank Rakyat mensasarkan peningkatan baki ke atas pembiayaan-i sehingga 6 peratus.

Selain itu, prestasi positif Bank Rakyat selari dengan pertumbuhan yang meningkat, mencerminkan kemantapan prestasi Bank dan membuktikan bahawa kedudukan kewangan Bank dibina pada asas yang mapan serta disokong oleh modal yang mencukupi, polisi pengawalseliaan yang ketat dan dasar pelaburan yang kukuh.

“Dengan kedudukan itu, RAM Ratings telah mengekalkan Bank Rakyat dengan penarafan korporat AA2/Stabil/P1, antara yang tertinggi diberikan kepada institusi perbankan di Malaysia pada 3 September lalu,” kata kenyataan itu lagi.

Tags: Bank Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bank Rakyat Umum Dividen 15 Peratus

25/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Ia...

Bank Rakyat Untung RM1.24 Bilion Tahun Lalu

27/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Kumpulan Bank Rakyat mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.24 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Bank...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd