KUALA LUMPUR – Jadual perkhidmatan komuter bagi laluan Padang Besar-Butterworth-Padang Besar ditambah bersempena cuti persekolahan kali ini.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan media berkata, perkhidmatan tambahan itu akan berlangsung sehingga 12 Jun ini.
“Jumlah perkhidmatan pada hari berkerja sebanyak lapan dan 14 pada hujung minggu.
“Bagi memenuhi permintaan dan peningkatan bilangan penumpang, sebanyak enam perkhidmatan lagi ditambah,” kata kenyataan itu semalam.
Menurut KTMB, jumlah keseluruhan perkhidmatan bagi laluan Padang Besar-Butterworth-Padang Besar kini sebanyak 20 perkhidmatan.
KTMB menasihati orang ramai supaya membeli tiket dua hala bagi mengelakkan kesesakan di kaunter semasa menggunakan perkhidmatan komuter.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman web www.ktmb.com.my atau menghubungi talian 03-2267 1200 atau twitter@ktmkomuter. – mynewshub.cc

