• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit Pulih 3 Petang Ini

oleh Ahmad Albab
04/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan biasa tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan bersambung semula pada pukul 3 petang ini selepas selesai kerja pembaikan, kata Express Rail Link Sdn Bhd (ERL).

Menerusi laman Facebook rasmi, ERL berkata kakitangan syarikat itu menjalankan kerja pembaikan berikutan kerosakan pada trek, tren dan talian kuasa dalam kejadian ribut semalam.

“Sehubungan itu, tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit kini beroperasi sebagai perkhidmatan yang digabungkan mulai jam 4.30 pagi hingga 3 petang ini.

“Keseluruhan perjalanan antara KL Sentral dan KLIA2 akan mengambil masa tujuh hingga lapan minit lebih lama daripada perkhidmatan KLIA Ekspres biasa,” kata syarikat itu.

ERL berkata semua pelepasan dan ketibaan akan dilakukan dari platform KLIA Ekspres, dan orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada jadual perjalanan yang disemak semula dan dimuat naik ke laman Facebook rasminya.

Ribut kuat yang melanda ibu kota kira-kira 6 petang semalam mengakibatkan kerosakan pada struktur landasan ERL antara Bandar Tasik Selatan dan Putrajaya. – BERNAMA

Tags: ERLKLIA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd