• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Lelaki Didakwa Cuba Beri Sokongan Kepada IS

oleh Ahmad Albab
24/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Tiga lelaki hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan cuba memberi sokongan kepada kumpulan militan digelar Negara Islam (IS) dengan mengambil penerbangan ke Istanbul, Turki.

Ketiga-tiga tertuduh ialah arkitek Mohd Syafrein Rasid, 26, dari Kuantan, Pahang; peniaga Mohd Rosmadi Che Daud, 42, dari Ipoh, Perak; dan jurutera Mohamad Yusoffe Ishak, 26, dari Arau, Perlis.

Mereka dituduh, dalam memberikan sokongan itu, mereka hendak menjadi anggota IS dengan mengambil penerbangan Qatar Airways dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Istanbul, Turki.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kaunter Imigresen, Balai Pelepasan KLIA, Sepang, Selangor kira-kira pukul 8.55 pagi pada 25 Sept lepas.

Ketiga-tiga mereka juga menghadapi tuduhan pilihan iaitu dengan cara mengambil penerbangan dari KLIA ke Istanbul dalam percubaan untuk memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria melalui Istanbul bagi manfaat kumpulan itu, di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Tiada pengakuan diambil daripada kesemua tertuduh.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama  seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman penjara 15 tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 Nov untuk sebutan semula bagi kes itu dipindah ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: Militan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd