• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pedofilia Britain Rogol, Cabul Kanak-Kanak Miskin Di M’sia

oleh Ahmad Albab
02/06/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RICHARD Huckle, 30, yang disifatkan sebagai penjenayah kes pedofilia paling teruk di Britain berhadapan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah merogol dan melakukan penderaan seksual ke atas puluhan kanak-kanak Malaysia dan Kemboja.

Huckle, 30, yang berasal dari Ashford, Kent mensasarkan mangsanya seawal usia 6 bulan, dari kalangan anak-anak keluarga miskin.

Segala-galanya terbongkar selepas polis Australia mengesan laman web pedofilia dipanggil Love Zone; yang tersembunyi di sebalik laman web gelap serta menggunakan kata laluan rahsia.

Laman web yang menyimpan puluhan ribu akaun pengguna itu, menawarkan banyak gambar-gambar dan video menunjukkan kanak-kanak didera secara seksual.

Menurut Pegawai Pasukan Petugas Khas Argos di Australia, pencipta laman web itu berjaya ditangkap selepas perkataan rahsia ‘hiyas’ sepadan dengan perkataan sama digunakan dalam sebuah akaun Facebook.

Akaun Facebook itu membawa pihak berkuasa kepada lelaki dikenali sebagai Shannon McCoole, seorang kakitangan penjagaan kanak-kanak di Adelaide.

Siasatan terperinci pada gambar tangan McCoole didapati sepadan dengan kebanyakan imej penderaan, membuatkan dia sabit kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara selama 35 tahun pada 2015.

Menggunakan data daripada laman web Love Zone, mereka mengenal pasti pula Richard Huckle lantas maklumat berkenaan suspek diberi kepada Agensi Jenayah Kebangsaan Britain.

Susulan itu Huckle ditahan ketika pulang ke Britain untuk sambutan Hari Krismas pada 2014.

Walaupun mengaku mencabul 23 kanak-kanak, lebih banyak lagi dijangka telah menjadi mangsanya sejak 2006.

Huckle yang pernah bekerja di kilang telefon bimbit dan dikenali sebagai penganut Kristian ‘alim’ dikatakan pergi ke Malaysia pada 2005 untuk berdakwah dan mengajar.

Pada tahun berikutnya Huckle pergi ke Kemboja dan mula memuat naik gambar kanak-kanak sana seawal usia 3 tahun.

Selepas itu dia dikesan sering mengunjungi Malaysia kononnya untuk mengajar dan mengambil gambar.

Huckle menggunakan modus operandi merapati komuniti setempat terutama golongan miskin sebelum mengambil kesempatan merogol dan mencabul anak-anak mereka.

Semua ini didedahkannya sendiri kepada pedofilia lain dalam laman web Love Zone. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Jenayahpedofilia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Motif Mungkin Kerana Pedofilia

Polis Siasat Motif Mungkin Kerana Pedofilia

06/08/2024
0

JOHOR BAHRU : Siasatan kes penculikan kanak-kanak enam tahun di Eco Galleria, Iskandar Puteri dekat sini, pada 20 Julai lalu,...

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd