• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Nafi Benarkan Upacara Isytihar Luak Jelebu Esok

oleh Ahmad Albab
01/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan kononnya beliau dan Dewan Keadilan membenarkan upacara pengisytiharan lantikan baharu Undang Luak Jelebu yang dijadualkan berlangsung esok.

Beliau berkata ia adalah satu pembohongan dan menegaskan bahawa Balai Undang Luak Jelebu adalah hak kerajaan negeri.

“Tiada pihak boleh sewenang-wenangnya menggunakan lokasi itu termasuk untuk mengadakan upacara pengisytiharan yang dijadualkan berlangsung esok…tiada siapa boleh guna melainkan seorang Undang yang telah disahkan Dewan Keadilan dan diperakui kerajaan negeri.

“Tempat itu (Balai Undang) kita akan kunci…saya harap supaya semua penjawat awam tidak salah faham kerana ini (upacara pengisytiharan) tiada kena mengena dengan kerajaan negeri,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Negeri di sini hari ini.

Mohamad mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya beliau dan Dewan Keadilan telah memberi kelulusan untuk Balai itu digunakan bagi upacara pengisytiharan itu.

Pada 8 April lepas Pemangku Undang Luak Datuk Menteri Sah Mangku Alam Raja Sehari, Tarmizi Selamat mengisytiharkan Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Muhamad Azafean Muhamad Fahmi, 39, sebagai Undang Luak Jelebu ke-16, berikutan kematian Undang Luak Jelebu Ke-15 Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Musa Wahab pada 11 Sept, 2014.

Sehari kemudian, Datuk Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari Ismail Md Zin menyatakan tindakan Tarmizi membuat pengistiharan nama Undang Luak Jelebu ke 16 itu adalah tidak mengikut aturan adat yang menjadi amalan Luak Jelebu. – BERNAMA

Tags: Mohamad HasanNegeri SembilanUndang Luak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undang Buat Keputusan Itu Bukan Mutlak, Dia Kena Ikut Juga Peraturan – PMX Anwar

Undang Buat Keputusan Itu Bukan Mutlak, Dia Kena Ikut Juga Peraturan – PMX Anwar

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Walaupun kuasa menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar tertakluk kepada keputusan Undang Luak, keputusan berkenaan tidak bersifat mutlak...

Pemecatan EXCO Tidak Sah, Kekhilafan Dari Sudut Perundangan – MB Negeri Sembilan

Pemecatan EXCO Tidak Sah, Kekhilafan Dari Sudut Perundangan – MB Negeri Sembilan

21/09/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim memaklumkan tidak ada keperluan untuk beliau mengemukakan senarai EXCO baharu kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd