• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pergerakan Tanah Apartment Teratai Masih Berlaku

oleh Ahmad Albab
23/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan tanah masih berlaku pada tahap minimum di kawasan tanah runtuh di Apartment Teratai, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Selangor.

Pegawai Daerah Hulu Selangor Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata laporan terkini yang diterima dari Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan pergerakan tanah di kawasan runtuhan itu bagaimanapun tidak menimbulkan sebarang ancaman.

“Kini, kerja pembaikan cerun iaitu pemasangan ‘sheet pile’ (cerucuk keping) bagi menguatkan struktur tanah di kawasan terbabit runtuhan masih berjalan sejak semalam bagi mengelak runtuhan berulang dan JKR akan terus memantau pergerakan tanah setiap jam di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sehingga kini, sebanyak 219 keluarga membabitkan 860 penduduk yang menetap di dua blok Apartment berkenaan terlibat dalam insiden kira-kira 10 pagi, Isnin.

Mereka kini ditempatkan di tiga penempatan iaitu di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, Sekolah Kebangsaan Taman Bunga 2 dan Sekolah Menengah Taman Bunga Raya 1.

Suaidi berkata setakat ini JKR belum dapat memastikan tempoh yang selamat untuk membenarkan penduduk pulang  ke rumah masing-masing ekoran pergerakan tanah yang masih berlaku itu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul ketika dihubungi berkata pihaknya masih menempatkan beberapa anggota dari lima balai bomba di Zon Hulu Selangor di lokasi kejadian tanah runtuh tersebut,  sebagai langkah berjaga-jaga.

Semalam, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata laporan penuh insiden kejadian tanah runtuh di Apartment Teratai akan dikeluarkan esok. – BERNAMA

Tags: tanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd