• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Persendirian Tiada Kaitan Dengan Hudud, Tegas Dewan Ulama PAS

oleh Ahmad Albab
01/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan 2016) tidak ada kaitan dengan hudud, sebaliknya bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Menurutnya, setakat ini kedudukan Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret.

“Kita minta semua wakil rakyat (anggota Parlimen) terutama yang beragama Islam, dan bukan Islam menyokong usul berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Ke-55 di sini malam ini.

Beliau berkata usul berkenaan hanya untuk memartabatkan Mahkamah Syariah, oleh itu tiada sebab mengapa orang Islam dan bukan Islam tidak boleh menyokong.

Usul RUU persendirian itu dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei lepas.

Muktamar dewan tersebut dirasmikan Naib Presiden PAS Idris Ahmad. – BERNAMA

Tags: isu hududMuktamar PASRUU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

14/12/2024
0

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd