PORTO – FC Porto telah mengumumkan bahawa jurulatih Jose Peseiro akan pergi meninggalkan kelab itu.
Peseiro, 56, mengambil alih sebagai jurulatih FC Porto di Stadium Estadio Do Dragao, pada Januari yang lalu selepas Julen Lopetegui dipecat.

Kelab tersebut menduduki tempat ketiga di Liga Primeira, jarak 15 mata di belakang juara Benfica dan 13 mata di belakang pasukan Sporting Lisbon.
Mereka kemudian kalah di final Liga Taca De Portugal dari Braga FC dengan tendangan penalti.
“Pengurusan FC Porto mencapai bersepakat dengan jurulatih pasukan utama kelab itu, Jose Peseiro, untuk memutuskan perletakkan jawatan dari kelab itu pada akhir musim ini,” demikian kenyataan dari pihak kelab.
Sejak kini FC Porto tidak pernah memenangi Liga Primeira selepas kejayaan terakhir kelab itu pada musim 2012/2013 yang lalu. – MYNEWSHUB.CC