• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buat Comeback, Faizal AF Keluar Single ‘Tanpa Dirimu’

oleh AK-47
31/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS hampir lima tahun menyepikan diri, penyanyi Faizal Ramliy atau lebih dikenali sebagai Faizal AF kini kembali dengan single ‘Tanpa Dirimu’ sempena kemunculan semula dalam persada seni tempatan.

Dia tampil dengan single bergenre pop ballad yang merupakan gubahan Aidil Zamri dan lirik oleh Shah Shamsiri.

Tidak takut dan gentar dengan persaingan penyanyi-penyanyi generasi baharu, Faizal percaya dengan rezeki yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa kepada setiap hamba-Nya.

“Kenapa saya perlu takut dengan persaingan, ia adalah rezeki masing-masing dan saya ada cara tersendiri dalam menonjolkan diri sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single ‘Tanpa Dirimu’ di Saloma Bistro, Kuala Lumpur hari ini.

Buat Comeback, Faizal AF Keluar Single Tanpa Dirimu

Buat Comeback, Faizal AF Keluar Single Tanpa Dirimu

Bagi memudahkan lagi perjalanan kariernya dalam bidang seni, Faizal yang sebelum ini menetap di Terengganu telah mengambil keputusan berpindah di Kuala Lumpur bersama-sama ahli keluarganya sejak enam bulan lalu.

Selain comeback dalam bidang nyanyian, bekas juara Akademi Fantasia musim keempat itu juga turut berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk kesihatan wanita, Beauty 18 yang diusahakannya bersama rakan baik.

Berbicara mengenai single ‘Tanpa Dirimu’, Faizal berkata dia hanya mengambil masa selama dua minggu untuk merakamkan buah tangan terbaharunya itu.

“Walaupun sudah lama tidak masuk studio rakaman, namun saya masih menyanyi macam dulu, sebab sepanjang lima tahun menyepi, saya banyak dapat undangan persembahan tertutup,” ujarnya ketika ditanya pengalaman merakamkan single terbaharunya itu.

Mendapat sokongan penuh daripada isteri, Sahidatul Najida Ibrahim, Faizal kini bersedia bangkit untuk terus bersama-sama memeriahkan semula industri seni suara biarpun dia pernah terlibat dalam gejala kurang sihat sebelum ini.

“Kini saya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk kembali mewarnai industri hiburan dan saya berjanji untuk memberikan yang terbaik selain benda yang lepas tak payah diungkitkan semula,” kata penyanyi berusia 32 tahun itu lagi.

Semoga comeback yang dibuat Faizal dapat memeriahkan lagi industri seni suara dan single ‘Tanpa Dirimu’ dapat menangkap perhatian semua peminat muzik di luar sana. – MYNEWSHUB.CC

Buat Comeback, Faizal AF Keluar Single Tanpa Dirimu

faizal4

Tags: Faizal AFmyArtispenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd