• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Maut Motosikal Terjatuh Dari Jejambat

oleh Ahmad Albab
31/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) maut dalam kemalangan motosikal di Jalan Sungai Rambai di sini, awal pagi ini.

Dalam kemalangan kira-kira 5.45 pagi itu, mangsa Lans Koperal Azemir Sidu, 36, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) IPD SPT maut selepas beliau terjatuh dari jejambat setinggi 10 meter di jalan berkenaan.

Jurucakap polis berkata, mangsa dari arah Padang Lalang itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya di IPD SPT sebelum motosikalnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan konkrit.

“Sebaik tiba di atas jejambat, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan menyebabkan mangsa terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dan akibat rempuhan itu mangsa terjatuh ke bawah jejambat.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap polis itu berkata mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah SPT, ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan meminta kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kemalangan itu agar tampil membantu siasatan.

Sementara itu dalam kemalangan berasingan di Jalan Air Itam di George Town, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata seorang penunggang motosikal berusia 36 tahun cedera parah selepas terlanggar sebatang tiang lampu yang tumbang.

“Sebelum itu pada pukul 3.45 pagi, sebuah kereta jenis Honda Hybrid CRZ dari arah Jalan Masjid Negeri dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang lampu di sebelah kiri jalan sehingga menyebabkan ia tumbang.

Kemudian penunggang motosikal dari arah yang sama tidak dapat mengelak dan telah melanggar tiang lampu itu, lelaki itu cedera parah di kepala dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan manakala pemandu kereta melarikan diri,” katanya.

Katanya polis kini sedang mengesan pemandu kereta bernombor pendaftaran PLB8097 itu bagi membantu siasatan dan beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi mana-mana balai polis. – BERNAMA

Tags: anggota poliskemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd