• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Harus Diberi Akses Peluang Kembangkan Bakat

oleh Ahmad Albab
31/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak harus diberikan akses yang sama terhadap peluang mengembangkan bakat mereka dalam menyiapkan diri menghadapi masa depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata dalam dunia hari ini yang berpandukan sains dan teknologi, kanak-kanak harus dilengkapi dengan kemahiran dan ilmu yang betul yang akan membolehkan mereka untuk menyertai sepenuhnya proses inovasi dengan kecekapan yang ada, disiplin diri, jati diri dan peka terhadap orang lain.

“Dan mereka hanya boleh melakukannya jika mereka mempunyai keyakinan untuk berdepan dengan dunia.

“Kita harus melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk membuat pilihan yang baik, supaya akibat daripada pilihan mereka ini adalah untuk kepentingan manusia dan juga mereka,” katanya dalam ucapan perasmian persidangan antarabangsa Permata 2015 dengan tema ‘Kanak-Kanak Melangkaui Esok’ di sini hari ini.

Najib berkata sains dan teknologi telah membawa kepada transformasi dalam hampir semua sektor, seperti pengeluaran makanan, tenaga, perubatan, alam sekitar, pertahanan dan keselamatan.

Oleh itu, katanya, bagaimana kita menggunakan idea baharu, ilmu dan pengetahuan baharu akan menentukan sama ada inovasi akan membantu manusia atau memberikannya kesan negatif.

“Bila mereka membesar, kanak-kanak ini akan menjadi mereka yang berhadapan dengan hasil inovasi itu dan meletakkannya untuk diuji dalam dunia sebenar. Kita mahukan mereka berupaya membuat pertimbangan yang baik, memilih dengan betul dan menggunakannya secara bertanggungjawab, sambil menolak apa yang mendatangkan keburukan dan membawa kerugian.

“Jadi apa yang kita lakukan hari ini adala amat penting untuk mencapai hasil yang terbaik bagi kanak-kanak hari esok. Dan persiapan bagi kanak-kanak hari ini bukan hanya melibatkan pendidikan dan latihan, tetapi juga daya kepimpinan, untuk menggalakkan mereka membangunkan visi perubahan, pengawasan untuk dunia yang akan diwarisi mereka,” katanya.

Semasa berucap kepada 1,900 anggota perwakilan dari kalangan pemimpin asing, pakar dan penyokong pendidikan awal kanak-kanak, yang menghadiri persidangan tiga hari itu, Najib berkata kerajaan menyokong usaha membentuk kanak-kanak melangkaui hari esok dengan menyediakan rangka tindakan bagi sains, teknologi dan inovasi. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakNajib Tun RazakPERMATA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd