• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langkawi Bakal Dijenamakan Sebagai Destinasi Pelancongan Kosmetik

oleh Ahmad Albab
30/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Langkawi bakal dijenamakan sebagai destinasi pelancongan kosmetik menerusi pembangunan Langkawi Cosmetic Island membabitkan pelaburan RM200 juta, yang diilhamkan menyerupai Loire Valley di Perancis bagi menarik minat lebih banyak pelancong berpendapatan tinggi ke pulau ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya Kedah Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata setakat ini tanah berkeluasan 243 hektar, di Kampung Ulu Melaka telah dikenal pasti sebagai lokasi pusat penyelidikan dan pembangunan, kilang, pusat jualan serta pusat penanaman herba.

Melalui pewujudan pusat itu katanya, pengeluar kosmetik terkemuka dunia pelbagai jenama akan membuka cawangan dan menghasilkan produk mereka sepenuhnya di Langkawi bermula dari proses mendapatkan bahan mentah seperti herba dan bunga sehingga ke produk akhir.

“Kami mahu wujudkan tempat memproses minyak wangi dan kosmetik kerana mereka sedar kebanyakan (minyak wangi dan kosmetik) menggunakan herba dari dunia tropika dan Langkawi oleh kerana ada sinergi pelancongan jadi ia adalah tempat terbaik (untuk mewujudkan pusat kosmetik),” katanya kepada pemberita di sini semalam, selepas menghadiri perasmian hotel St Regis.

Mohd Rawi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat berkata pemilihan lokasi itu dibuat dengan nasihat daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama BioTech Corporation.

“Ia juga akan mewujudkan aktiviti ekonomi hiliran memandangkan harga getah jatuh. Kami boleh bekerjasama dengan pertubuhan peladang dan petani untuk mereka usahakan tanaman bahan mentah ini (herba dan bunga) dan kalau boleh bukan saja di Langkawi tapi di seluruh Kedah seperti Padang Terap dan Baling,” katanya.

Dalam ucapan ketika menghadiri perasmian hotel St Regis di sini malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah pusat kosmetik akan dibangunkan di Langkawi dan meminta supaya perancangan itu dilaksanakan dengan cara yang kreatif.

Kira-kira 5,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan, dan dalam tempoh lima tahun kata Mohd Rawi, ia bakal menjana pendapatan sebanyak RM500 juta, selain turut merancang untuk membina sebuah institut pengajian minyak wangi dan kosmetik.

Antara tanaman sesuai yang telah dikenal pasti untuk ditanam di Langkawi ialah bunga jasmine, cempaka, ros, frangipani, yiang-yiang, dan vetiver grass dan setakat ini katanya syarikat produk kesihatan tambahan, Biolpha merupakan syarikat pertama yang mengesahkan akan membuka cawangannya di pusat kosmetik itu. – BERNAMA

Tags: LangkawiPelancongan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd