• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ulama Saudi Fatwa Haram Swafoto Dengan Kucing

oleh
04/04/2017
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Seorang ulama kanan Arab Saudi dilaporkan telah mengeluarkan fatwa pengharaman seseorang berswafoto dengan kucing, menurut agensi berita tempatan, AhlulBayt News Agency.

Hukum terbaharu itu diputuskan Sheikh Saleh Abdullah al-Fawzan, berdasarkan kaedah ulama fahaman Wahabi yang digunakan secara luas di negara rantau Asia Barat tersebut sejak sekian lama dalam penetapan fatwa terkini.

Menerusi kemunculan dalam satu program televisyen tempatan, beliau yang juga ahli Majlis Ulama Kanan Arab Saudi berkata, hukum selfie dengan haiwan waima jinak dan peliharaan seperti kucing adalah sebenarnya haram.

“Isunya bukan mengenai perihal sifat kucing. Merakamkan gambar itu sendiri adalah dilarang di sisi agama jika bukan keperluan mustahak. Bukan sahaja kucing, malah anjing, serigala, haiwan apa-apa sahaja,” tegas Saleh lagi.

Ulama berusia 83 tahun itu berkata demikian ketika menjawab secara langsung dalam program soal jawab agama tersebut dan kemudian dipetik semula oleh portal web berita Middle East Media Research Institute (MEMRI).

Fatwa disiarkan pada 17 April lalu itu mula disebarkan MEMRI yang berpangkalan di Washington DC, Amerika Syarikat (AS), dengan kerjasama pihak kerajaan dan tentera AS menerusi projek khas kuasa besar dunia tersebut.

MEMRI yang diwujudkan oleh AS pada 1998 berperanan melakukan pemantauan segala bahan berita semasa dari rantau Timur Tengah termasuk Iran dan Turki sebelum menterjemahkannya dalam pelbagai bahasa antarabangsa.

Ulama Saudi Fatwa Haram Selfie Dengan Kucing

Dalam pada itu, fatwa dikeluarkan Saleh sebenarnya sebagai menjawab kemusykilan seorang penonton lelaki yang bertanya mengenai trend baharu masyarakat Barat gemar swafoto dengan kucing mereka dari sudut hukum agama.

Bagaimanapun sebahagian ulama tempatan menjelaskan rasional fatwa haram tersebut lebih kepada kebimbangan pengaruh negatif budaya Barat yang mungkin tidak sesuai ajaran Islam dan dikhuatiri boleh memesongkan akidah.

Ulama tersebut pernah mencetuskan kontroversi pada 2014 apabila mendakwa bahawa matahari sebenarnya yang berputar mengelilingi planet bumi sambil menambah banyak ‘teori moden’ tidak perlu diikuti semua pengikutnya.

Awal 2015 lalu, ulama terkemuka, Sheikh Mohammed Saleh al-Munajjid mengingatkan semula rakyat Arab Saudi berhubung larangan pembuatan orang salji ditetapkan pemerintah sejak beberapa tahun lalu sempena musim sejuk.

Hukum pembuatan orang salji atau patung menyerupai bentuk rupa binatang hidup daripada salji sama dengan hukum haram apabila sengaja membuat gambar manusia yang ujarnya tidak dibenarkan menurut ajaran Islam.

Pada Januari lalu, Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz al-Sheikh, mewartakan fatwa haram bermain catur dalam kalangan kerabat diraja kerana ia buang masa dan wang serta menyebabkan permusuhan sesama pemain.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab Saudifatwa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd