SELEBRITI terkenal, Victoria Beckham dikhabarkan sudah bersedia dan merancang untuk hamil anak kelimanya menurut sumber yang rapat dengan figura tersebut.
Hal itu disahkan sendiri oleh rakan baiknya, Tana Ramsay yang juga merupakan isteri kepada cef popular, Gordon Ramsay menurut laporan Daily Mail.
Untuk persediaan itu, Victoria kini rajin mengamalkan diet pemakanan yang kaya dengan asid folik seperti bayam, brokoli dan sayuran hijau lain.
Victoria dan suami, David mahu mengikut jejak langkah Tana dan juga rakan baiknya, Jamie Oliver yang turut sama sedang menantikan kelahiran cahaya mata kelima mereka serta bakal dilahirkan dalam masa terdekat ini.
Hasil perkahwinan, pasangan Becks kini memiliki empat cahaya mata iaitu Brooklyn, 17; Romeo, 14; Cruz, 11; dan Harper Seven, 5. – MYNEWSHUB.CC


