• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Panggil 91 Pemilik Kenderaan Guna Lorong Kecemasan Ahad Lepas

oleh Ahmad Albab
29/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – JPJ telah mengeluarkan 91 notis temu siasat kepada pemilik kenderaan yang didapati menggunakan lorong kecemasan di KM228 Lebuhraya PLUS, di Melaka, Ahad lepas sehingga menghalang laluan ambulans.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancang dan Operasi) JPJ, Datuk Yusoff Ayob berkata notis itu dikeluarkan JPJ Melaka pada minggu lepas setelah selesai siasatan terhadap rakaman video orang awam mengenai kejadian berkenaan.

“Semua pemilik kenderaan yang terlibat diberi tempoh 14 hari untuk tampil ke pejabat JPJ dan disiasat mengikut Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti pemandunya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Kursus Asas Keselamatan Jalan Raya (Marshall) di sini hari ini.

Yusoff berkata pemilik kenderaan terbabit perlu tampil bagi proses mengenal pasti siapa yang memandu kenderaan berkenaan ketika kejadian, untuk tindakan selanjutnya.

“Kami menghantar notis ke alamat pemilik yang didaftarkan melalui nombor pendaftaran kenderaan yang kita peroleh daripada rakaman video pada waktu kejadian,” katanya.

“Sekiranya mereka tidak terlibat dengan perbuatan itu, mereka perlu membuat laporan polis untuk disiasat,” katanya sambil menjelaskan kemungkinan nombor pendaftaran itu palsu.

Beliau berkata mereka yang terlibat akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 atau didakwa di mahkamah yang boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000 jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seramai 48 peserta terdiri daripada anggota sukarelawan Skuad Muda yang mempunyai minat mendalam berkaitan aktiviti permotoran menyertai kursus selama dua hari di JPJ Wilayah Persekutuan, yang bermula semalam.

Turut hadir, Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Datuk Md Ziki A. Rahman, Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Kuala Lumpur Datuk Norhadzli Mohd Azhar dan Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia Hamzah Masri.

Yusoff juga berkata sejumlah 480,000 kes kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku di seluruh negara pada tahun lepas, yang kebanyakannya berpunca daripada sikap buruk pengguna seperti memandu secara terburu-buru, melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat. – BERNAMA

Tags: JPJKenderaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd