• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liow Akan Bertemu PM Mengenai RUU Mahkamah Syariah

oleh Ahmad Albab
29/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat untuk mendapatkan pendirian Barisan Nasional (BN) mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Katanya, rang undang-undang yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada Khamis lalu telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan kaum Cina dan menganggap RUU itu adalah hukum hudud.

“Saya akan bertemu Perdana Menteri untuk membincangkan RUU ini dan menerangkan pendirian ahli MCA mengenainya, dan saya pasti Perdana Menteri juga nak dengar pandangan dari parti komponen lain.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (Kojadi) di Wisma MCA, di sini hari ini.

Terdahulu, sempena mesyuarat agung Kojadi, Liow mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan pinjaman tambahan RM50 juta kepada Kojadi untuk pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini.

“Mulai minggu depan, anggota PKS boleh memohon pinjaman ini, yang kita terima untuk tempoh setahun ini,” katanya.

Beliau turut megumumkan Kojadi sedang melakukan permohonan kepada kerajaan untuk menjadikan koperasi itu sebagai sebuah bank koperasi.

“Kita akan mendapatkan lesen bank koperasi untuk membantu ahli-ahli koperasi terutama dalam kalangan usahawan muda, menjalankan perniagaan mereka, selain kita dapat merangsang ekonomi negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: isu hududLiow Tiong LaiNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd