• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Lelaki, Teman Wanita Ditumbuk ADUN Kedah?

oleh AK-47
31/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pemuda mendakwa dia dan teman wanitanya dicederakan oleh seorang lelaki berstatus VIP iaitu Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Azmi Che Husain dan dua orang lelaki baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh mangsa, Adam Naim memberitahu ketika kejadian, dia sedang memandu kereta untuk keluar daripada pusat beli belah Aman Central, Alor Setar pada 15 Mei, pukul 5.45 petang.

Sebaik sahaja masuk ke lorong tengah ke lampu isyarat di hadapan Aman Central, tiba-tiba sebuah Toyota Harrier yang dinaiki Azmi dan dua lelaki berusia 20-an bergerak ke sebelah kiri kenderaannya serta membunyikan hon.


Lelaki Dakwa Dia Dan Teman Wanita Ditumbuk ADUN… oleh mynewshub

“Waktu itu, lampu isyarat warna merah. Pemandu kereta itu menurunkan tingkap keretanya dan berkata: ‘Kenapa, kenapa..hang tak kenal lagi aku siapa’ berulang kali kepada saya dan meminta saya turun dari kenderaan,” kata Adam.

Dia memilih untuk tidak turun daripada kenderaannya tetapi terlupa bahawa pintu keretanya itu tidak berkunci.

“Kemudian lelaki 50-an dari kereta tersebut telah keluar dari keretanya dan buka pintu kereta saya sebelum tarik kunci kereta saya.

“Lelaki itu telah tumbuk saya di bahagian mulut saya. Akibat tumbukan itu, mulut saya mengalami luka.

“Kemudian lelaki tersebut telah menarik tangan saya untuk keluar dari kereta dan apabila saya keluar dari kereta saya telah menumbuk lelaki 50-an tersebut,” dakwanya.

Tambah Adam lagi, dia turut mendakwa ketiga-tiga lelaki berkenaan terus memukulnya, malah teman wanitanya turut ditumbuk di bahagian dada, tangan kanan dan kiri ketika cuba meleraikan pergaduhan.

Susulan insiden ngeri itu, mangsa turut berkongsikan gambar kecederaan dan satu laporan polis dibuatnya, bagi membuktikan bahawa dirinya berkata benar kepada netizen.

Video: Lelaki, Teman Wanita Ditumbuk ADUN Kedah?

Video: Lelaki, Teman Wanita Ditumbuk ADUN Kedah?

“Teman wanita saya telah keluar dari kereta saya dan cuba meleraikan pergaduhan antara kami. Tetapi teman wanita saya juga telah ditarik dan ditumbuk di bahagian dada, tangan kanan dan kiri.

“Datang orang ramai untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Kemudian kereta tersebut terus beredar dari tempat kejadian.

“Saya telah membawa teman wanita saya ke KMC Alor Setar, Kedah kerana telah mengalami sesak nafas yang sangat teruk,” jelasnya.

Rakaman video pergelutan yang dirakam seorang pengunjung di pusat beli belah berkenaan sehingga kini mendapat 771,000 tontonan dan lebih daripda 17,000 kali perkongsian.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin mengesahkan kejadian itu dan pihaknya masih melakukan siasatan untuk mengenal pasti identiti individu yang didakwa oleh lelaki itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan telah dibuka pada tarikh kejadian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: adunJalan RayaKedahpergaduhan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang pemimpin Armada Nasional, manakala tujuh lagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd