• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

813 Sistem Francais Didaftarkan Menerusi Program Program Komuniti Sejak 2011

oleh Ahmad Albab
29/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sebanyak 813 sistem francais melibatkan pelbagai sektor telah didaftarkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Program Francais Komuniti sejak 2011.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Jamil Salleh berkata jumlah berkenaan direkodkan pihaknya sejak 2011 hingga 10 April tahun ini.

“Program tersebut bagi membantu usahawan francais tempatan mengembangkan perniagaan mereka sebagai francaisor, yang akan memberi peluang kepada orang ramai melibatkan diri dalam perniagaan sebagai francaisi tanpa perlu mencipta perniagaan baharu,” katanya dalam ucapan perasmian Program Francais Komuniti Zon Utara di sini.

Dilancarkan pada Oktober 2011, program tersebut diperkenalkan dengan tujuan membuka peluang kepada masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana menceburi perniagaan francais mikro melalui pakej francaisi antara RM5,000 hingga RM50,000 oleh syarikat tempatan bergantung kepada jenis perniagaan.

Jamil berkata, melalui melalui penganjuran Franchise International Malaysia (FIM) 2016 awal Mei lalu pula, sebanyak RM371 juta pelaburan telah dicatatkan oleh 78 syarikat melalui 926 potensi francaisi.

Ia menunjukkan peningkatan bilangan potensi francaisi sebanyak 19.7 peratus berbanding tahun lepas, katanya.

Beliau berkata pihaknya turut mengenal pasti beberapa faktor berlakunya kekurangan penyertaan masyarakat dalam bidang francais seperti kekurangan modal dan pembiayaan.

“Kita sedar mengenai perkara itu dan kita wujudkan program pembangunan francais seperti francais komuniti secara khusus dengan mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Perniagaan francais dengan konsep skim francais mikro hanya memerlukan modal tidak melebihi RM50,000. Ini usaha kerajaan untuk menggalakkan syarikat mewujudkan pakej francais yang mampu diceburi segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Katanya menerusi pakej yang disediakan oleh kerajaan diharap dapat membantu golongan belia, wanita, ibu tunggal dan pesara bagi meningkatkan pendapatan menerusi sistem francais.

Jamil berkata program francais zon utara yang bermula sejak semalam hingga hari ini melibatkan 19 buah syarikat francais dan pra-francais dengan menawarkan pelbagai peluang kepada masyarakat di negeri ini. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd