BAGI pelancong yang ingin bercuti ke London, anda tidak akan dapat melihat mercu tanda ternama, Big Ben selama tiga tahun. Ini kerana, jam loceng dan menara di ibu kota Britain itu sedang diubah suai.
Menara loceng ini mengalami pengubahsuaian besar sejak 30 tahun lalu. Setiap hari Big Ben diperhatikan dengan teliti sehingga detik jam boleh didengar dan dirasakan pelancong atau masyarakat setempat yang mengunjunginya.
Big Ben terpaksa diubah suai kerana terdapat retakan di dalam jam berkenaan yang dikhuatiri akan membuatkan jam tersebut berhenti berdetik dan menaranya juga sudah mula mengalami hakisan.
Pengubahsuaian ini dilakukan untuk memastikan generasi akan datang lebih menghargai dan mengenali mercu tanda ternama tersebut.
Walau bagaimanapun, masih terdapat lima loceng lain yang akan dibunyikan pada malam tahun baharu atau acara besar yang lain.
Selain itu, pengubahsuaian ini juga termasuk menambah jumlah lif bagi memudahkan pengunjung cacat dan akan mengubah suai tandas untuk kemudahan semua pihak yang berkunjung ke sana. -  MYNEWSHUB.CC

