• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Rampas 225 Unit Rumah PPR, Perumahan Awam

oleh Ahmad Albab
28/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah merampas 225 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) tahun ini setelah penyewanya didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk menyewakan unit mereka kepada warga asing.

Tindakan itu merupakan langkah tegas DBKL setelah ia mengeluarkan sejumlah 582 notis rampasan kepada penyewa dari Januari hingga 25 Mei lepas.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Sauffi Mohamad memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan penyewa yang didapati melanggar syarat perumahan.

Rampasan itu, katanya dibuat melalui enam siri operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL Bersama Agensi Kerajaan.

Mohd Sauffi berkata selain menyewakan unit mereka kepada warga asing, sebilangan penyewa juga didapati tidak menjelaskan bayaran sewa kepada DBKL, tidak menghuni (dibiarkan kosong) dan menyewakan kepada penghuni tidak sah (sewa atas sewa).

“Lepas ini tiada lagi kompromi bagi penyewa yang didapati menyalahgunakan dan melanggar syarat perumahan ini, kita mahukan rumah ini dimanfaatkan oleh mereka yang benar-benar layak sahaja,” tegasnya.

Beliau bercakap kepada pemberita semasa menyertai operasi bersepadu DBKL siri ketujuh bersama Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Perumahan Awam Desa Rejang malam tadi.

“Menerusi operasi malam ini, tiga unit rumah dirampas, 26 unit (penghuni tidak sah) dan 19 unit (penghuni tidak menetap) diberi notis 14 hari untuk mengosongkannya, sebelum unit mereka disita,” katanya.

Berikutan berlaku peningkatan kes, Mohd Sauffi berkata DBKL dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan akan menjalankan operasi secara besar-besaran selepas Aidilfitri ini di seluruh PPR dan PA.

Dalam operasi yang sama, AADK turut menahan seorang penagih dadah yang suspek akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. – BERNAMA

Tags: DBKLwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd