• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

500 Migran Syria Disasar Tinggal Sementara Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
28/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia meletakkan sasaran menempatkan secara sementara 500 migran Syria menjelang hujung tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata setakat ini, 79 migran dari negara bergolak itu telah tiba di Malaysia sebagai usaha kerajaan dalam menerima 3,000 warga Syria atas dasar ihsan dan perikemanusiaan.

“Ketika bulan puasa ini, kita sasarkan 200 lagi migran Syria dibawa ke Malaysia tetapi ia bergantung kepada tapisan keselamatan dan saringan kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas menyambut kumpulan kedua migran Syria di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, hari ini.

Kumpulan merangkumi 68 orang daripada 18 keluarga berumur antara tujuh bulan dan 74 tahun itu tiba dari Kem Bekaa Valley, Beirut, Lubnan.

Kumpulan pertama terdiri daripada 11 orang daripada tiga keluarga tiba di Malaysia pada 8 Disember tahun lepas.

Ahmad Zahid berkata kumpulan kedua yang terdiri daripada 37 dewasa dan 31 kanak-kanak itu akan ditempatkan di apartmen tiga bilik di Setia Alam dekat sini.

“Pihak NGO (badan bukan kerajaan) akan membantu kita untuk menguruskan penempatan mereka dan melihat soal kebajikan dan beberapa aspek lain. Ada juga golongan profesional dalam kalangan mereka,” katanya.

Beliau berkata kerajaan dan NGO berkenaan akan membantu golongan profesional terdiri daripada jurutera, doktor dan pensyarah itu mendapatkan pekerjaan sementara di negara ini.

“Permit kerja sementara juga akan dikeluarkan kepada golongan berkenaan dan bagi pelajar pula visa akan dikeluarkan bagi membolehkan mereka mendapatkan peluang pendidikan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama untuk menyumbang kepada badan-badan berkaitan Syria bagi membolehkan lebih ramai warga Syria tiba di negara ini.

“Kita telah membelanjakan RM2 juta dan jumlah ini memerlukan tambahan, saya mohon orang ramai memberi sumbangan,” katanya, sambil menambah kos yang besar melibatkan penyewaan pesawat penerbangan khas.

Pada Oktober tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan Malaysia akan membuka pintunya kepada 3,000 migran Syria dalam tempoh tiga tahun bagi membantu meringankan krisis pelarian. – BERNAMA

Tags: migranSyria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd